بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)
Fantasi... Apakah itu?
Lain orang lain definisi yang bakal diberi..
Mengikut sesetengah pendapat, fantasi itu adalah sesuatu yang kita bayangkan atau fikirkan atau anggapan.
Atau dengan lebih mudah untuk difahami fantasi itu adalah kata lawan bagi realiti.
Bagi aku, fantasi itu sesuatu yang indah..
Apa yang tiada dalam dunia realiti, itu semua mampu diwujudkan di alam fantasi.
Apa yang kita impikan pasti tercapai...
Tapi hakikat yang pahit yang terpaksa ditelan adalah itu semua sekadar fantasi, keberangkalian untuk merealisasikan ia menjad realiti amat kecil sekali.
Maka beruntunglah bagi mereka yang tergolong dalam keberangkalian yang kecil itu.
Bila sebut perkataan fantasi, apa yang bermain di dalam fikiran aku adalah Fantasi= Duit..
haha sebab apa?
sebab dengan fantasilah, munculnya filem-filem Box Office macam Avengers, Twilight dan lain-lain.
Dengan fantasi jugak lah, novel best seller mendapat sambutan.
Dengan fantasi jugak lah, produk inovasi berada di pasaran.
Dengan fantasi jugak lah, teknologi digunakan semakin canggih.
Dengan fantasi jugak lah, lukisan secantik Monalisa dihasilkan.
Dengan fantasi jugak lah, design-design fashion yang menarik dan unik direka.
dan dengn fantasi juga lah banyak hasil-hasil atau produk lain dicipta...
Bila ada hasil, maka ada pulangan. Dengan pulangan maka duit atau pendapatan mampu di jana.
Apabila pendapatan meningkat, ini akan meningkatkan ekonomi negara...Apabila ekonomi negara stabil, maka politik juga akan bagus.. i.Allah
*dah macam belajar ekonomi lah plak..haha
Jadi hebat kan orang yang berfantasi ni..
tapi,
dengan berfantasi jugak, ada yang kecundang,
dan dengan fantasi jugak ada yang mendapat kemurkaan dari Yang Maha Esa.
sebab fantasi ni lebih kurang macam set mind, kalau kita fikir yang bukan-bukan maka sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi perbuatan kita. Maka kecundanglah mereka yang memikirkan bukan-bukan sebelum bertindak.
Mengundang kemurkaanNya pula kerana berfantasi yang aneh-aneh sehingga melakukan zina, terutama zina hati. Nauzubillah min zaliku...
Last but not least, selain novel Ramlee Awang Murshid, satu novel fantasi yang aku sangat suka adalah novel Hero by Hilal Asyraf...
Tabik sangat kat Hilal Asyraf, dalam berfantasi mampu memikirkan Islam dan tak henti untuk berdakwah... Tapi aku? entalah, Kalau lah betul-betul wujud watak Hero dan negara Malaysia jmacam dalam novel tu, masyaAllah sangat salute. Harap sangat, suatu hari nanti ia akan jadi realiti..
Jadi fantasi itu tak bersalah, tapi semua bergantung kepada diri kita balik, sama ada mahukan pulangan atau kerugian. We deserved what we want :)
Ramai orang suka berfantasi tapi tak semua nak berusaha untuk menjadikan ia sebagai realiti
Orang yang hebat adalah orang yang bijak mencipta dan merebut peluang...
Jadi, apapun yang kita lakukan, pastikan pulangan yang kita dapat adalah berbaloi-baloi...~~
Selamat berfantasi! :D
No comments:
Post a Comment