بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Sriyesly happy gila, sebab tahun lepas tak dapat pergi atas faktor-faktor tertentu. Sepatutnya nak pergi hari jumaat tapi disebabkan takut ramai orang, so tukar plan, pergi hari khamis after zohor. Sebab aku sorang je yang ada kelas, yang lain takde kelas hari khamis. Jadi sangat terharu sebab dorang sanggup tunggu aku.. :')
Bila sampai sana,baru tahu yang kalau hari khamis PBAKL tutup pukul 7. Jadi mohon survey dulu lah eh waktu buka dan tutup sesuatu event.So kitorang ada 2 jam je untuk menghabiskan segala baucer yang ada. Alhamdulillah 2 jam yang ada memang sangat-sangat dimanfaatkan. Tak sampai 5 minit RM50 tu da habis. haha Sriyes rambang mata weyh.. Offer n diskaun kat situ, buat aku rasa nak beli je semua, tapi sedar buku yang lepas pon tak terbaca lagi..hee
Tapi yang sedihnya, tak jumpa satu buku ni iaitu Ikhwah Pakai Jeans. Tapi takpelah ada la tu hikmahnya... After semua da dapat buku masing-masing so kitorang pun berangkat pulang ke UKM. Tapi before balik singgah KL Sentral jap naik LRT, dengan tambang sebanyak RM2.50, sebab nak solat and makan. Boleh jugak kalau nak naik ktm. tapi jauh sedikit lah kalau nak berjalan. Nak makan kat PBAKL memang taklah, mahal gile.
So nak share beberapa tips sebelum pergi ke PBAKL, tapi next entry la eh..hee okok so tata :)
Ni lah dia beberapa buku yang berjaya di beli :) ada lagi satu buku tapi xsempat nak snap gambar sebab dah kasi kat abah *bile nak abeskan baca pon xtahulah..haha |
No comments:
Post a Comment