بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)
Minggu ni, result upu keluar untuk budak lepasan spm.. Teringat kisah 2 tahun yang lalu...
17 Mei 2013 iaitu hari result upu keluar... Time tu aku tengah kat Johor, ikut rombangan tempat kerja mak aku bercuti. Jadi, aku takde internet time tu, so kakak aku lah yang tolong cekkan result aku.. And sriyesly berdebar sampai xleh tido kot malam before tu.. Sebab dah lama aku menanti result ni..
Tiba-tiba bunyi mesej masuk..
Dari kakak aku, ketar weyh tangan nak bukak..haha And you know what dia tulis ap? Aku pon xingat dia tulis apa, tapi memang boleh meruntunkan jugak la jiwa ni.. Dia tulis, 'Ain kenapa xde pon..betul ke ic ko kasi ni' then aku reply la.. 'betullah..dia tulis apa weyh?' dan mesej seterusnya adalah.. 'Harap maaf. Permohonan tidak berjaya' Ya Allah sedih gila weyh time tu... memang aku menangis la dalam bas tu..Nasib duduk tepi boleh la cover lagi... Then aku cakaplah kat mak aku kat sebelah.. 'Mak ain tak dapat upu' terus aku nangis... Aku try jadi tough tapi keluar jugak air mata ni..haih cengeng betullah...~

Dan perasaan aku bertambah sebak bila newsfeed dekat fb penuh dengan kawan-kawan update pasal upu yang dorang dapat... Tipulah tak rasa sedih langsung weyh, boleh leleh jugak lah kot tiap kali teringat pasal ni... Tapi aku still happy bila tengok kawan berjaya. Tapi aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan aku pegang satu kata-kata ni iaitu
Dan aku jugak percaya yang gagal sekali bukan beerti gagal selamanya. Sejarah dah banyak membuktikan yang result spm biasa-biasa pon boleh jadi jutawan dan sejarah jugak dah membuktikan yang result spm K.O. pon hidupnya terus K.O. Jadi kat sini nak tunjukkan yang sebenarnya diri kitalah yang membuktikan sama ada result kita tu betul-betul bermakna atau sebaliknya.
Aku jugak percaya yang Allah beri apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu. Contoh, kalau ikut ranking dunia, Universiti Harvard adalah antara universiti yang terbaik di dunia. Tapi kita yakin ke, kalau kita dapat Universiti Havard tu kita mampu survive dengan cemerlang kat sana. Ingatlah bahawa kadang-kadang yang baik tu tak semestinya adalah yang terbaik untuk kita. Jadi, mungkin tak dapat ipta waktu tu, bukanlah yang terbaik buat aku dan mungkin ada sesuatu yang lebih baik dari tu.. Siapa tahu an? Allah uji sebab Allah tahu hambaNya mampu. Just smile :)
Tapi, bila aku try google punye google sebab nak tahu jugak pasal apa aku tak dapat upu an...sebab result aku takde lah terok sangat..haha *perasan.. Nak tahu tak sebab apa aku tak dapat upu? jeng..jeng..jeng.. Nantikan entry seterusnya... haha Tips untuk dapat upu sekali aku kasi nanti ok? hee
Konklusinya, tak salah nak sedih kalau tak dapat apa yang kita harapkan. Tapi kesedihan tersebut perlulah disusuli dengan keinsafan dan semangat juang yang tinggi untuk bangkit semula bagi merealisasikan impian menjadi realiti!
If you dont fight for what you want. Don't cry for what you lost!
No comments:
Post a Comment