Rezeki

  • 0


بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)

Pernah rasa kecewa tak kalau tak dapat apa yang kita nak?
Atau pernah rasa cemburu ada orang dapat lebih dari kita?
Tipulah tak pernah an..

Ok tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Bertenang...
Itu semua ada kaitan dengan rezeki. Lain orang lain rezekinya. Kenapa nak risau atau kecewa kalau apa yang kita nak tu bukanlah yang terbaik untuk kita? Jadi setiap rezeki yang Allah beri tu ada hikmahnya tersendiri. 

Pernah tak kita dah study dan berusaha gile2, at last tak dapat apa yang  diharapkan? Mungkin takde rezeki kita lagi kat situ. Takpelah, redho jelah dapat markah apa pun... Rezeki Allah itu luas... Mungkin rezeki kita bukan pada markah, tapi maybe rezeki kita pada jati diri, iaitu sejauh mana kau mampu mengahadapinya atau mungkin juga rezeki kita dalam memahami ilmu tersebut. Atau mungkin rezeki kita bukan sekarang, akan datang mungkin?

Rezeki tak semestinya didatangkan dalam bentuk duit, cgpa atau harta. Tapi rezeki itu boleh di datangkan dalam pelbagai bentuk iaitu kebahagiaan,  ketenangan, jodoh, zuriat yang soleh dan ilmu. Bersyukurlah atas rezeki yang diberikan. Kalau kita fikir kita malang, sebenarnya ramai lagi orang yang diuji dengan ujian yang lagi hebat.

Akhir kata, buat diri ini khususnya, teruskan berjuang, rezeki itu bukan sekadar menanti untuk dimiliki tetapi perlu juga diiringi dengan usaha, doa, dan tawakal. Moga terus kuat dan tak lembap!   fighting!

No comments:

Post a Comment