بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)
Amali Makmal.
Mungkin bagi sesetengah bahagia dengan amali makmal mereka tapi aku? entalah
bagai mimpi ngeri...
Setiap kali amali makmal, aku cuba lakukan terbaik.
Tapi entahlah ujian demi ujian datang menimpa.
Seperti kata pepatah sediakan payung sebelum hujan, jadi pada amali makmal 1
aku membawa laptop sebagai tanda persediaan jikalau komputer rosak ke apa...
Pada awalnya alhamdulillah aku dapat komputer yang agak baik.
Tapi, tiba-tiba komputer kawan aku plak buat hal, dia mintak tukar memandangkan aku bawak laptop jadi aku pon tak kesah jela an... Lagipon kawan sendiri kot..
Tapi, ujian mula datang apabila aku tak dapat nak tengok download soalan di i folio disebabkan tiada internet bila guna laptop.
Arghh, menyesal sebab tak check awal-awal. Jadi aku bukak komputer untuk download soalan walaupun mengambil masa yang agak lama berbanding kawan yang lain.
Apa yang aku perasan orang lain dah nak siap, tapi aku baru nak mula..haih...
Jadi, apa yang aku boleh nasihatkan..
- Datang awal dan pastikan internet berfungsi dengan baik di komputer atau laptop yang akan digunakan.
- Kalau tak dapat soalan, terus angkat tangan dan minta soalan kat Sir.
- Bawak pendrive, supaya boleh hantar through pc lain.
- Alert dengan setiap pengumuman yang di sampaikan semasa peperiksaan walaupun anda tak sampai lagi kat soalan tersebut dan disarankan catit kat mana-mana dulu.
Amali Makmal 2. (14 Mei 2015)
Pada amali kali ni, aku bertekad untuk buat yang lagi baik.
Jadi berdasarkan pengalaman yang lalu, aku datang awal bagi mendapatkan pc yang aku rasakan mampu berfungsi dengan baik.
Aku sampai di fep before gate bukak, nampak tak betapa semangatnya nak jawab lab test kali ni.
Benda pertama sekali yang aku check adalah internet.
Bagi aku internet sangat memainkan peranan yang penting.
Pada mulanya internet di pc yang aku gunakan, alhamdulillah ok. Tapi, ujian sekali lagi datang kepadaku apabila ketika tyme nak download soalan di i folio, internet tiba-tiba tak dapat.
Adoi, apelah nasib aku... Walhal aku dah test google kot before tu and boleh je bukak i folio, gmail, yahoo semua tu.
Tapi kuasa Allah siapa boleh lawan. Aku redha.
Alhamdulillah, soalan access bagi aku tiada masalah sangat memandangkan malam before exam aku dah belajar dengan someone ni.
Tq lah kat orang yang sanggup luangkan masa and sudi ajar aku tu, sangat membantu!
Semoga Allah memberkati ko weyh dan dekan setiap sem...
Tapi part nak lukis tu, adoi aku lupa nak tanya secara detail.
Aku ada tanya jugak macam mana nak lukis, tapi tanya macam-macam tu jelah dan orang tu kata betul. Hah nampaknya kena belajar balik cara berkomunikasi ni, sebab orang terang lain, aku bayangkan lain.
Dan hasilnya amek ko kene lembap dengan sir. haha aku tak kesah dah memang salah aku.
Dan oklah tu kena tegur daripada aku terus syok sendiri.
Aku dah siap jawab access before pukul 10 lagi. Tapi internet takde, jadi aku cadang hantar nanti jelah after aku hantar lukisan.
Time nak hantar kat i folio tu, aku try pc lain, aku dah bawak pendrive, tapi pendrive plak kene virus. Ya Allah apelah malang sangat nasib aku ni ada je masalah...
Betullah orang cakap, kalau dah takde rezeki tu, hebat macam mana pon kita tetap tak dapat.
Arghh aku dah stress... Dah la lab test 1 aku hantar last, ni lab test 2 pon sama. Entahlah aku rasa macam sangat noob gile kelas aplikasi komputer. Dah lah aku tak minat komputer. Aduh makin down rasanya.
Apepon tqvm kat Liyana, anda sangat baik. Walaupun baru kenal time kat kelas aplikasi komputer tapi entalah. Dia layan macam dah kenal lama. Dia tetap tunggu aku walaupun aku dah halau and suruh banyak kali dia pergi kelas dulu, tapi dia tetap stay. Adoi, hang buat aku rasa terharu. Tak sangka ada lagi orang macam ni. May Allah bless you :)
Apepon tqvm kat Liyana, anda sangat baik. Walaupun baru kenal time kat kelas aplikasi komputer tapi entalah. Dia layan macam dah kenal lama. Dia tetap tunggu aku walaupun aku dah halau and suruh banyak kali dia pergi kelas dulu, tapi dia tetap stay. Adoi, hang buat aku rasa terharu. Tak sangka ada lagi orang macam ni. May Allah bless you :)
Jadi untuk lab test 2, apa yang aku dapat adalah
- Hantar apa yang kita dah siap dulu.
- Tanya sir betul ke tak apa yang kita buat tu.
- Bersedia untuk ditegur walaupun pahit kadang2..haha
- Relaks.
- Belajar cara nak hapuskan virus kalau pendrive ada virus ke apa.
- Jangan hanya bersedia, tetapi berdoalah agar dipermudahkan urusan anda.
- Betulkan niat before jawab exam. Niat kerana Allah bukan sebab nak markah je.
- Tabah menempuh segala ujian.
- Tanya segala soalan yang tak faham betul2 dan secara detail before exam.
Konklusinya, aku tahu markah aku rendah gila dalam setiap aspek subjek aplikasi komputer ni tapi apa yang tahu, sangat banyak ilmu baru yang aku dapat. TQ so much Sir Azzwan atas segala ilmu yang telah anda curahka. Sungguh ia sangat bermakna dan Selamat Hari Guru sir! :) Maaf atas segala kekurangan saya.
No comments:
Post a Comment