Pembentangan PowerPoint

  • 0
بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)

Alhamdulillah akhirnya sampai pon minggu yang ke 12.. 
Walhal rasa macam baru je Sir kasi taklimat pasal peraturan-peraturan time minggu ke 2 aritu.
Rasa macam baru je buat group aritu.
Rasa macam baru je buat surat penukaran kumpulan aritu.
Tapi tulah, sekejap je masa berlalu, xsedar dah selesai dah segala pembentangan untuk aplikasi komputer semalam. 
Yeay! akhirnya abes jugak. haha opps tapi Alhamdulillah :)


Minggu ke 12 iaitu bermakna minggu Pembentangan PowerPoint aplikasi komputer.
Di mana kami perlu menyediakan slide show dan video yang mengambil masa 4 minit 55 saat sehingga 5 minit. 

Alhamdulillah semalam masa hari kejadian tiada masalah teknikal time group aku present.
Aku berjaya sampai ke tempat kejadian pukul 2.00 petang. Ahli kumpulan aku yang lain sampai pukul 2.15 camtu. Tapi yang aku tahu kitorang kumpulan kedua yang sampai. Alhamdulillah 
Jadi itu bermakna kitorang boleh pilih giliran dulu. First time aku jumpe sistem camni. Sangat respect la kat sir sebab boleh terpikir nak buat sistem yang bagi aku agak adil. 

Kumpulan aku iaitu kumpulan ke 9 telah sebulat suara untuk memilh giliran pertama tok bentang.
Walaupun aku agak cuak, tapi redah jelah. Cepat atau lambat present jugak.
Tapi yang aku tahu terlalu banyak lagi penambahbaikan yang perlu dibuat bila dah tengok kumpulan yang lain bentang.

Task kali ni memang banyak gila yang aku belajar terutama part buat slideshow dengan lebih kemas dan smart.
Keempat-empat ahli kitorang memang tak pernah buat video dan xkreatif tok buat slideshow, tapi itu bukanlah alasan. 
Jangan jadikan kelemahan kita sebagai alasan tetapi manfaatkanlah segala kekuatan yang ada untuk mengatasi kelemahan yang ada. 
Jadi memang start dari minggu lepas lagi memang stay up sampai kol 1 2 pagi la jugak tok buat slideshow. Sebab aku ngn luqman buat slideshow. Dafi ngan luqman kiy plak buat video.
Sebab setiap hari akan ada je yang kurang. Dan part nak rakam video plak. Walaupun 5 minit je. Tapi mengambil masa beberapa hari la jugak tok shooting. Bayangkanlah satu scence je sampai 10 kali dan keatas ulang. 
Aku tak tahu macam mana sinetron indonesia yang boleh buat sampai beratus-ratus episod tu. haha gile tabik la! Tapi bagi aku kepanjangan cerita tak penting yang penting kualiti. Tu sebab aku lagi suka tengok drama korea. Cerita dorang sikit je episod tapi jalan cerita sangat mantap.
Tapi tu dulu lah, sejak Tarbiah Sentap kata tak elok tengok cerita korea jadi aku pon mula move on dan kurangkan. Eh macam dah lari topik je ni. haha Maaf2!

Ok jadi sepanjang membuat persediaan untuk semalam memang sangat banyak benda yang aku belajar. Bagi aku setiap kali apa task yang sir kasi sriyesly banyak benda yang sangat bermanfaat yang aku tak dapat before ni. Ada suka ada duka. Adat lah tu an. Yang pahitnya bila dah habiskan masa beberapa jam time shooting tu sekali kene buat balik sebab suara pecah. Ingat dah selesai sesi rakaman. Sekali kene buat lagi.. haha Ade lagi, tapi penat nak taip. haha Apepon takpe, apelah sangat ujian ni. Ujian itu menguatkan bukan melemahkan.

Jadi antara pengajaran dan nilai murni yang aku dapat adalah:

  1.  Jumpa sir dan dapatkan tips setiap kali kemaskini kerja kita walaupun esok dah nak present
  2.  Masukkan dan pilih yang betul2 isi penting je dalam slide 
  3. Jangan banyak sangat tulisan macam karangan. Lagi sedikit lagi bagus. Tapi pastikan orang faham
  4. Cakap tidak meleret. Pastikan tidak lebih dari masa yang ditetapkan. 
  5. Download powerpoint yang latest untuk mengahasilkan slideshow yang lebih cantik or guna Prezi
  6. Guna background yang simple dan tenang untuk dipandang
  7. Jangan typo, cek banyak kali dan emel kat member group yang lain jugak soh baca
  8. Jangan ego dan bajet dah tahu
Konklusinya, walaupun aku tak macam orang lain yang mungkin dapat satu group dengan orang yang dorang dah rapat tapi ini memang satu pengalaman yang amat bermakna bila dapat group dengan orang yang tak berapa aku rapat. Banyak benda aku belajar dari dorang.
Untuk 93, 92 dan luqman kiy, haha tq very much sebab sudi terima aku masuk kumpulan korang. Dan maaf atas segala kesilapan yang berlaku. May Allah bless u guys...




No comments:

Post a Comment