UPU part 2

  • 0
بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)

Entry lepas aku ada cakap an nak cerita kenapa aku tak dapat upu time spm.
Ok jadi entry kali ni meh aku cerita.
Tak tahu nak start cerita sebab yang mana satu dulu.
Ok jadi antara sebab aku tak dapat upu adalah seperti yang berikut:


1. Pilih universiti and course yang demand

Aku pilih UIA and UM. lol xsedar diri lagi time tu... Dah tahu result tu xberape nak gempak, xyah nak demand sangat la an. Sila ukur baju di badan sendiri ye wahai diri.
Course plak aku pilih Foundation in Economics and Management kat UIA, memang taklah nak dapat sebab kawan aku yang straight A pon mintak, jadi yang A bengkang bengkok ni memang tipis lah an nak dapat. UM aku mintak course asasi Quran Sunnah and asasi bahasa arab kot kalau xsilap.
Ceh... aku pernah cerita kat dorang yang aku pernah mohon course bidang keagamaan ni, tapi hmm dorang tak percaye kot. Cis, pandang sebelah kot kat aku. haih yang lagi pedas bila ada someone ni cakap. "tapi, ko tak macam keagamaan pon"
ceh, jahat gile weyh. Tapi aku pon tak percaya bila ingat balik.haha

Jadi nak cakap kat sini bukan sembarangan orang yang Allah izinkan tuk dia belajar or ambil corse tersebut. Jadi bersyukurlah. Allah hantar ko kat bidang tu bukan saja-saja melainkan ada amanah and tugas penting di sebaliknya.

2. Isi 4 pilihan je.

Aku isi semua asasi. 4 pilihan je aku isi kot. Gila berani. Sebab akak aku kata jangan isi kalau kau rasa tak nak course tu sebab nanti dapat kang apa yang kau taknak tu. So aku pon ikot jelah sebab dia kata dulu dia pon buat camtu, tapi dia dapat je UIA. Padahal, result spm dia bagus boleh la buat camtu. Aku ni, hah at last apapon tak dapat.

Jadi nasihat saya, selagi ada kotak kosong yang boleh di isi tu, isilah pilhan anda ye sampai kebawah.

Konklusinya,kalau rasa nak dapat apa course and Universiti yang anda idam-idamkan, belajarlah sungguh-sungguh supaya dapat result yang cemerlang. Bila dah cemerlang nak universiti and course apepon boleh tau. *kecuali yang ada interviewlah an. Sebab dia amek kira soft skill sekali.heeik

Secondly, ikut and dengar nasihat yamg pakar dan jangan percaya sangat cakap orang. Means bukan amek buta-buta je fakta dari kawan, family ke apa. hee

Thirdly, time nak isi UPU tu, pilihan first and yang atas-atas tu pilihlah apa yang kita idamkan. Tapi pilihan yang semakin bawah tu isilah yang course and universiti kurang demand. Bila demand rendah, persaingan makin kurang, jadi peluang untuk dapat tu agak cerah. Better lah dapat daripada tak dapat apa-apa.

Last but not least kalau yang tak dapat upu or tak dapat upu idaman korang time after spm ni, jangan putus asa sangat lah an macam ko tak de tuhan, Ramai je yang berjaya apa. Rezeki Allah tu luas. Kalau bukan sekarang, akan datang. Trust Him! Bukan nak cakap apa, tapi sekarangni aku bersyukur sangat sebab tak dapat UIA yang aku sangat idam-idamkan dulu tu..hee Salah satunya sebab Matrik setahun je, Jadi abes awal sedikit la kot an.. I.Allah.Tapi benefit dapat UIA ni peluang untuk sambung degree cos yang korang nak tu agak cerah sedikit lah. Apepon semua tu bergantung kepada diri sendiri. Kalau dah usaha, doa dan tawakal, tak yah risaulah, ada lah tu yang Allah nak kasi lagi  better. Ok sampai di sini saja, maaf membebel panjang! Tata


No comments:

Post a Comment