بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)
Dengar cerita esok budak-budak lepasan Spm yang nak masuk Matrik dah kena daftar dah. Jadi saya ucapkan selamat berorientasi lah ye...haha :)
Okok kat sini just nak share sikit je tentang matrik ni.
Benda first sekali bila korang masuk matrik ni kena
tajdid niat balik!
Iaitu belajar kerana Allah. Bila niat dah betul, i.Allah Allah akan permudahkan segala urusan kalian.
Second, belajarlah betul-betul dan bersungguh-sungguh. Kalau kau rasa tak pandai sebab result spm teruk ke apa. Lek je, Yang dah berlalu tu, biarkan ia berlalu. Kat matrik we start from zero. Orang dah tak tanya sangat dah result spm kau tu. Jadi inilah masanya kita nak tebus balik and perbetulkan segala kesilapan kita dulu.
Banyak yang bestnya pasal matrik ni salah satunya matrik setahun je and senang nak dapat scholarship kalau result bagus expecially JPA. Jadi, setahun kat matrik tu belajar lah betul-betul ye. kat sana, Semua kemudahan dah ada, tinggal nak atau tak nak belajar je. Setahun kat matrik menentukan bertahun-tahun hidup kita. Contoh universiti and course. Kalau yang amek perakaunan time matrik, korang patot rasa bertuah sebab subjek dia taklah setough budak science. hee N senang kot nak score 3 pointer and above. Tapi kalau senang ini menunjukkan persaing pon banyak. Sebab 3 pointer budak perakaunan tak begitu mudah tau nak dapat ipta. Kalau nak sambung degree akaun score 3.7 keatas lah.
Tips tok score salah satunya, belajar dulu before cikgu ajar. Tak faham terus tanya lecturer, rajin2kan lah diri g cubic and jangan tinggal solat wajib, tahajud or dhuha
And orang selalu cakap, jangan masuk matrik, matrik tough lah, pack lah. Alahai, cuba kasi tahu sini, belajar kat mana je yang tak touugh. Jadi semua bergantung kepada diri sendiri tau. Kena semangat! Macam mana nak semangat dekat lah dengan Allah and rapat dengan kawan-kawan yang bermotivasi. haha Kat matrik nanti tak yah kesah sangat pasal jawatan kalau korang rasa tak leh bawak. Yang penting result pspm tu! Time nak isi Jpa nanti dia tak tanya pon ko aktif ke tak, dia tanya pointer je ok. Time degree nanti aktiflah puas-puas.
Jadi, di sini rebutlah peluang yang ada iaitu trylah dapatkan 4 flat time matrik. Sebab senang nak apply scholar nanti. Kalau nak guna result degree dah susah dah nak score nanti..hee
Ok tu jelah kot. Jangan lah sedih sangat ye kalau masuk matrik. Sriyesly korang akan rindu gila kat matrik bila dah abes matrik nanti. Setahun tu sekejap je. Last but not least, KMPH memang best, I miss 1A06 and my roomates, mustika and eryn :)
tempat selalu lepak b4 g kelas kalau ada gap |
kat Ukm memang xlah nak 4 rata.~ |
tasik belakang blok A1 |
time kelas Sir Salim.. |
Buka puasa same2 satu kelas :) |
time nak g dewan dato' bahaman tok amek result pspm 1. Gila cuak! |
suhaila, Syazana and Ika |
Dinamika~ hee |
Presentation kat kelas |
No comments:
Post a Comment