بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)
Bas HOHO?
Apakah itu?
Ramai yang tak tahu sangat pasal kewujudan bas ni...
Ramai yang tak tahu sangat pasal kewujudan bas ni...
Jadi hari ni nak share serba sedikit apa yang aku tahu mengenai bas ni...
1. Bas HOHO tu stand for bas Hop-On Hop Off
ni dia rupa bas ni.. tapi ada yang bertutup full.. nasib-nasib lah bas mana yang muncul nanti..hee |
Untuk pengetahuan semua bas ni akan lalu di sekitar Kuala Lumpur dan akan berhenti kat 23 stesen.. Jadi terpulang kat kita nak turun dan naik balik kat mana yang kita suka. Kalau aku, rase macam nak hop off kat setiap stesen je, tapi memandangkan masa tidak menyebelahi, jadi sempat hop-off kat 3 stesen je. So based on my experienced, better rancang betul-betul lah kat mana kita nak hop-off supaya masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya.
3. Tiket Bas HOHO
ni dia peta laluan Bas HOHO :) nanti dia kasi time dalam bas... |
-Tiket Bas HOHO boleh dibeli secara online atau boleh beli terus dalam bas, time nak naik bas tu..
-Harga tiket bagi bukan warganegara adalah RM45 bagi dewasa dan RM24 bagi student, manakala bagi warganegara pula RM19 bagi dewasa dan RM12 bagi student.
*jadi nak jimat beli dalam bas lah, sebab kalau melalui online, harga berdasarkan kategori bukan warganegara.
4. Bas akan lalu lebih kurang dalam 20-30 minit di setiap stesen.
4. Bas akan lalu lebih kurang dalam 20-30 minit di setiap stesen.
Jadi, kalau malas nak tunggu bas lama-lama untuk hop-on bolehlah buat anggaran waktu untuk tunggu bas. Masa juga bergantung kepada kesesakan lalu lintas.
5. Waktu bas beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga jam 8.30 malam.
6. Boleh tunggu Bas HOHO kat tiang yang lambang macam ni :)
7. Bas HOHO dah ada dua cawangan sekarang. Iaitu
- Cawangan di Kuala Lumpur
- Cawangan di Pulau Penang
8. Tiket bertahan selama 24 jam sahaja.
*kecuali kalau beli tiket yang 48 jam
9. Senarai tempat pelancongan yang boleh di lawati dengan menaiki bas HOHO :)
10. Saranan bagi tempat duduk terbaik.
- Waktu pagi, duduklah di bahagian yang tidak berbumbung tu. Best... sebab tak panas lagi.
- Waktu tengah hari atau bila cuaca tengah panas, di sarankan agar duduklah di tempat yang berbumbung.. Tapi kalau nak duduk jugak kat bahagian tak berbumbung, boleh je..tapi panas sikit lah..hee up to you lah, ni cadangan je..
Okok sampai situ jelah kot, so lain kali bolehlah ajak orang tersayang jalan-jalan dan naik bas HOHO ni..sekali sekala apa salahnya..saya dah cuba, anda bile lagi? Selamat berHOHO :) hee
No comments:
Post a Comment