بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)
Peraturan?
Aku benci gila peraturan!
tapi itu semua dulu.
Persepsi aku totally berubah sejak
Eh.. haha xdela.. tapi sejak lebih kurang 8 tahun yang lalu..
iaitu sejak aku masuk ke sekolah berasrama.
Sriyesly banyak gile peraturan sekolah tu..
daripada bangun tidur sampailah ke nak tidur, Semua dipenuhi peraturan.
Sampai ada student luar cakap "nasib baik aku tak masuk sekolah ni" bila tengok senarai peraturannya..
Mula-mula masuk biasalah, susah jugak nak adapt, banyaklah jugak aku langgar..
lambat kosongkan asrama lah..lambat pergi perhimpunan lah..tak solat jemaah lah.. makan dalam kelas lah dll.
kat sana solat wajib tiap waktu berjemaah, Tak boleh solat kat dalam dorm.
Mula-mula aku tak faham jugak kenapa wajib solat kat surau setiap waktu, sebab kalau kat sekolah lain most boleh je solat kat asrama...
Tapi aku tahu setiap peraturan itu dicipta bukan saja-saja melainkan ada sebab-sebab tertentu dan juga untuk kebaikan orang ramai.
Jadi, bila aku fikir balik, cikgu suruh solat kat surau sebab nak latih kita untuk cintakan masjid mungkin..
Dan ketahuilah bahawa salah satu golongan yang dinaungi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang hatinya terpaut dengan masjid.
Oleh itu, kenapa aku nak langgar sedangkan kebaikannya untuk diri ni jugak.
Dan apa yang membuat aku mendorong lagi untuk mengikut peraturan ni adalah..
bila ada seorang senior aku cakap "langgar peraturan sekolah ni memang tak haram tapi dosa kecil langgar peraturan sekolah,"
Yup dosa kecil je pon an, tapi kalau dikumpulkan balik tak ke banyak?
dosa kecil itu ibarat kayu ranting yang kecil yang jika dikumpulkan akan menghasilkan api yang begitu besar.Sentaplah kot bila dengar, sebab dosa yang sedia ada pon da cukup banyak rasanya.
Dan betol cakap kawan aku.
Bila kita ikut peraturan ni, tenang je hidup.
bak kata orang kalau tak salah buat apa nak takut an?
Jadi. selagi peraturan manusia tu tak membebankan dan boleh memudaratkan, dan paling penting tak langgar syaritat...patuhilah!
I.Allah kualiti hidup anda akan lebih superb awesome! :)
Video ni berkaitan dengan hukum langgar peraturan ciptaan manusia...best & banyak ilmu dapat :D try lah tengok!
Islam tu tak membebankan! :)
No comments:
Post a Comment