lambat

  • 0


بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)

Sempena tajuk entry kali ni, aku nak share satu cerita..
Harap sudi membaca.

Ada seorang senior aku ni dulu, dia lari biasa-biasa je, maksudnya dia bukanlah sesprinter orang lain and kalau nak ikutkan ramai yang lagi lari laju dari dia lah...
Tapi berbekalkan semangat dan usaha tahap tera giga mega dia, time merentas desa dia dapat johon. Orang selalu tahu kejayaan kita je, tapi tak ramai orang yang tahu perit kesusahan sebelum kita nak capai kejayaan tu. So, korang tahu apa dia dah buat sampai boleh dapat pingat emas tu? Dia berlatih lari. Dia lari pusing satu sekolah lebih kurang 40 pusingan setiap hari. Kalau aku, satu pusingan pon dah tercungap-cungap. Jadi memang aku tabik spring lah..haha sriyes dia macam tiada jantung.~~

Jadi nak cakap kat sini, tak semua orang yang lambat tu tak boleh berjaya. Mungkin ada antara kita yang lambat gila nak pick up or lambat gile nak hadam something subject tu berbanding orang lain. Tapi itu bukan masalah utamanya, yang jadi masalahnya kalau kita langsung tiada effort nak berubah. Itu baru problem besar dan kita patut risau!

Sriyesly, aku lah salah seorang insan yang lambat tu. Sedih sangat dengan diri aku ni. Hantar kerja lambat, hantar test lambat, study lambat..huh Tapi yang paling obvious nya, lambat gila nak pick up something topic tu kalau study.. Kalau orang yang kenal aku, mesti perasan and mesti tahu betapa susahnya aku nak faham and ingat certain subject. Mak aku pon cakap, 'kalau Ain nak berjaya, Ain kena usaha 10 kali ganda daripada usaha orang lain.' Yelah aku ni lambat an. Jadi dah lambat buat cara lambatlah iaitu usaha lebihlah.. Tak percaya? tak percaya sudah..haha Buktinya aku pernah dapat no second last kot dalam kelas and top ten kebelakang dalam batch. Tapi aku ada kawan, dorang lah yang support gila-gila and sudi berkorban masa dan tak jemu-jemu nak ajar aku sampailah aku dapat lulus dengan sedikit cemerlang dalam keputusan PMR dan SPM. Tq gila korang! Especially tq kat Marfua'ah, Tenma, Mira, geng tikar, dan semua facii2 yang sangat membantu dan lain-lain insan. Sori kalau tak mention nama. Tapi sekarang dah degree, jadi kena usaha sendrian berhadlah.. Dah takde lagi orang nak 'care' pasal result kau ke apa, and dah takde lagi orang yang kesah kalau kau faham ke tidak.

So bila lah aku nak berubah jadi cepat ni..Exspecially, cepat dalam menghantar assigment dan tak study last minute. Aku memang dah lama nak berubah, tapi tulah impian hanya tinggal impian. Mungkin kerana aku terlalu membiarkan halangan itu membantutkan impianku. huh Come on lah Ain.. berhenti dari memberi alasan~~

Last but not least, nak kongsi satu tips.. Nak kerja cepat dan dipermudahkan? Solatlah di awal waktu.. I,Allah Allah akan permudahkan :)

siput pon lagi laju agaknya dari aku..huhu




No comments:

Post a Comment