Akhirnya

  • 0
بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)

Akhirnya, tak sangke dah sampai pon penghujung penulisan di blog ni.
tak sangka dah habis dah kelas aplikasi komputer yang cuak tu,
tak sangka dah habis dinner kolej,

tak sangka dah abes kelas acom yang sangat malas nak pergi tu,
tak sangka dah abes dah berkhidmat di kiosk kuo,
tak sangka dah masuk minggu last kuliah,
tak sangka dah dapat pangkat aunty...hee

Alhamdulillah, paling tak sangka, aku akhirnya dapat juga menghadapi semester 2 ni...
Sriyesly rasa macam nak nangis...sebab terharu+ bersyukur. :')
Alhamdulillah, Tq so much Ya Allah :)
Sebab bagi aku semester 2 ni sememangnya semester yang agak mencabar.
Semester yang penuh dengan aktiviti.
Memang susah nak survive kot bagi aku. Memang aku ulangkaji bila time kuliah, buat assigment, ada kuiz ataupun sebab nak exam je.
Ulangkaji tambahan memang aku tak buat semester ni.
Entahlah...
Sangat pack! Ceh, alasan! haha orang lain boleh je...
Tu belum jadi menteri lagi, dah macam apa. Memang tabik sangat kat sesiapa yang ada jawatan tinggi2 tu tapi masih boleh survive. Sriyesly tabik spring tau.
Mungkin sebab apa yang aku buat ada yang tak berkat kot, jadi sebab tulah masa asyik tak cukup je...waulahualam... Sama-samalah kita bermuhasabah ye..

Jadi harapan sempena tugasan entry yang terakhir ni adalah, memandangkan blog lama aku, aku tak tahu nak bukak dah, sebab guna yahoo an, jadi semoga aku istiqomah dalam menulis blog lepas ni. Ternyata tak sangka juga eh yang aku mampu update blog 2 kali seminggu. :') Ni semua kuasa Sir Azzwan..haha *dengan izin Allah. Sebab aku dah tulis blog since form 3, tapi inilah pencapaian yang aku rasa paling terbaik dalam mengupdate blog. hee

Last but not least, TQ very much Sir Azzwan sebab dah ajar macam-macam pasal komputer. Dah tahu la jugak sikit2 after ni. Better la daripada dulu. Sriyesly, before ni excell pon aku tak pernah guna kot. Access apetah lagi, dengar pon xpernah.. haha noob gile aku ni. So memang rasa tq sangat2 lah kat sir sebab dah ajar dengan jayanye. TQ sir! okok semoga jumpe lagi di next entry :) Tq jugak kat  semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu diri ini menghadapi semester yang penuh cabaran ini. May Allah bless u guys :) Tata!

Satu2nya lecturer kat ukm ni yang tahu nama aku kot..haha
Kelas Aplikasi Komputer yang paling terbaik :)


No comments:

Post a Comment