Kiosk KUO

  • 0
بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)


Isnin, 25 Mei 2015

Sedar tak sedar, tamat sudah berkhidmat untuk kiosk KUO selama hampir 2 sem.
Alhamdulillah... yeay! akhirnya...
Banyak kenangan sepanjang menjadi seketriat keusahawanan.

Walaupun kadang-kadang terasa bebannya, mana taknya, bayangkanlah dua minggu sekali kene bertugas dari pukul 5 petang sampai 12.00 malam.
Sriyesly sangat penat... sebab dari set up barang, potong-memotong, masak, menjual sampailah basuh-membasuh semua.
Kiosk ni kecik je, tapi aku rasa semua benda nak sumbat dalam tu, makin lama makin banyak orang letak barang kat situ, sebab tumpang tok jual.
Rasa nak besarkan je kiosk tu, serabut! Lagi-lagi kalau semua masuk dalam tu... haha memang pishang.

Jadi, memang banyak benda yang aku belajar sepanjang kerja kat situ.
Antaranya, aku memang fail gila before ni bab dapur-dapur or masak ni.
Bayangkanlah before ni, minyak dah panas pon aku tak tahu, tapi lama-lama makin cekap lah.
Sampai, siap boleh agak lagi berapa minit fries or nugget tu boleh masak... ceh.. haha
Tapi before tu lupa nak cakap, antara yang dijual kat sini adalah banyak makanan tak sihat je.. haha
Antaranya, nuget, hotdog, fries, crab, donut, aiskrim 20 sen (kadang2), wedges, keropok lekor dan cucur. Tapi cucur tu waktu sem 1 jelah kot. Sejak asyik takde air, kitorang memang taklah nak buat lagi. Sebab leceh sedikit nak basuh.

Jadi, aku masuk seketriat ni sebab nak pengalaman. Sebab ada yang nak masuk sebab ada gaji. haha Yelah time awal-awal sem an cam sengkek sikit. Tapi memang siapa yang tabah je kot yang boleh stay kat seketriat ni. Sebab kotmitmen yang diperlukan untuk masuk seketriat ni sangat lah tinggi. Buktinya, ada beberapa orang yang keluar. Apepon, satu benda je yang aku pikir, andaikata aku tak dapat kerja suatu hari nanti, memag aku bukak kiosk or gerai jual-jual makanan ke apa. haha

Akhir sekali, Seketriat Keusahawanan memang terbaik :) I will miss the moment with kiosk kuo :')
Untuk mep yang pegang kiosk ni sem depan, walaupon aku agak kecwa dgn pelantikan tersebut :P tp jagelah kiosk ni elok2. ~~

Jadi jom layan gambar plak,,~ hee

ni lah dia, kiosk kesayangan tu~ 


xsempat tray nak penuh, orang dah ramai beli.. ceh
prop dreaam resonance :)
#dreamResonance2 tidur pukul 3 pagi kot berlatih drama..haha
Ferrero rocher..pengubat tido pukul 3 pagi.. hee
#MepTerbaik
Sriyesly, aku akan rindu kuali tu... :')
time dah nak tutup kiosk...
geng bertugas hari isnin. Semua siswi~ 
Kak Nadiah and Hanis semangat bergambar sebab aku cakap nak tunjuk kat Sir...haha
barang banyak, tapi kiosk kecik. Mohon besarkan kiosk..:P
Ahli Seketriat Keusahawanan yang masih bertahan ..
*elina, kak ash dgn dini xde
Will miss u guys :') Thanks a lot for everything!
Jadi tamat sudah kisahku menjadi sebahagian ahli Seketriat Keusahawanan. :)
Alhamdulillah.











No comments:

Post a Comment