بسم الله الرحمن الرحيم
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... :)
Tanggungjawab? aku rasa tersangat lah tidak layak untuk membicarakan soal tema kali ni... hmm sebab aku rasa aku bukanlah seorang yang bertanggungjawab, apetah lagi seorang yang berdedikasi.
Tapi apekan daya, tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa menuntutku untuk melakukan ia. Jadi, aku cuba untuk melaksanakan tanggungjawab ini sehabis baik. i.Allah :)
Tanggungjawab...
kenapa mesti nak kalau rasa tak mampu?
kenapa mesti nak kalau rasa membebankan?
kenapa mesti nak kalau rasa stress?
kenapa mesti nak kalau rasa ada yang lebih layak?
sekurang-kurangnya dia berusaha, tapi kita?
Allah pandamg usaha bukan hasil!
Pernah nampak orang yang tak bertanggungjawab?
Tenang! jangan cepat menghukum.
tak suka boleh,
tapi dengan syarat, bencilah perbuatan bukan orang yang melakukannya..
Kita takkan tahu sebab apa dia buat macam tu selagi kita tiada kat situasi dia..
Don't be so quick to judge, you never know when you might just find yourself walking in that person's shoes.Jadi, biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum... :)
Tegur bukan umpat, doa bukan cemuh, cegah bukan biar!
Hakikatnya, jalan untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab bukanlah suatu perkara yang mudah, tapi bukan juga suatu yang terlalu sukar.
Jalan yang penuh ujian mungkin..
Semuanya terletak pada diri sama ada sanggup atau tidak
atau anggap tanggungjawab itu sebagai beban atau sebaliknya.
Maka tidak dinafikan lagi bahawa
mereka yang bertanggungjawab adalah mereka yang hebat!
Tiada ombak tiadalah peluncur yang handal,
maka adanya ujian, lahirlah mereka yang hebat.
Apabila menggalas sesuatu tanggungjawab, walaupun sekecil-kecil tanggungjawab...
jangan cepat melatah, jangan juga cepat rebah,
Ikhlaskan hati, enjoykan diri, buatlah yang terbaik..
I.Allah ganjaran besar menantimu,
kalau bukan di dunia, di akhirat mungkin :)
Ayuh bertanggungjawablah, syurga sedang menantimu!
apabila syurga menanti, I.Allah dunia follow sekali. :)
yang penting usaha dulu.. Fighting!
No comments:
Post a Comment